Kepala peledak anti-kereta kebal berkuasa tinggi
Kepala peledak anti-kereta kebal berkuasa tinggi

Kepala peledak anti-kereta kebal berkuasa tinggi

Peluru Anti-kereta Kebal Berkuasa Tinggi (High Explosive Anti-Tank - HEAT) dihasilkan dengan letupan peledak bentuk yang menggunakan kesan Neumann (pembangunan dari kesan Munroe) bagi menghasilkan jet logam berkelajuan tinggi dalam keadaan superplastik yang mampu menembusi perisai kenderaan pejal.Jet tersebut bergerak pada kelajuan hipersonik (sehingga 25 kali kelajuan bunyi) dalam bahan pepejal dan dengan itu menghakis khusus di kawasan persentuhan antara jet dengan bahan perisai. Ruang amat kritikal, kerana jet terlerai dan tersebar selepas jarak dekat, biasanya di bawah 2 meter. Bahan jet dihasilkan oleh lapik kepingan logam berbentuk kon, biasanya tembaga, sungguhpun kepingan timah adalah lebih biasa semasa Perang Dunia II.Kunci kepada keberkesanan peluru HEAT adalah ukurlilit kepala peledak. Ketika perobekan berterusan menerusi perisai, keluasan lubang mengecut mendorong kepada ciri-ciri perobekan "penumbuk ke jari", di mana saiz akhir jari berasaskan saiz asal "penumbuk". Secara umum, peluru HEAT boleh dijangka untuk menembusi perisai 150% hingga 250% keluasan mereka, sungguhpun variasi moden mendakwa pencapaian sehingga 700%.Peluru HEAT kurang berkesan jika berputar, iaitu satu kaedah normal bagi meningkatkan ketepatan peluru. Daya emparan menyelerakkan jet, dengan itu reka bentuk kepala peledak perlu ditembak dari senjara laras licin, atau diubah suai bagi kegunaan meriam berpilin. Masaalah lanjut adalah sekiranya kepala peledak terkandung dalam laras, ukur lilitnya terhad kepada kaliber meriam. Meningkatkan kaliber meriam membenarkan ukur lilit lebih besar menjadikan meriam semakin berat. Refal tak anjal menggunalan laras lebih ringan dan peluru HEAT tenggekan (contoh. WOMBAT British atau refal tak anjal Carl Gustav Sweden) terbukti berkesan.Sekiranya HEAT digunakan sebagai kepala peledak bagi peluru berpandu, grenad senapang, dan mortar, saiz kepala peledak bukanlah faktor kekangan, kerana ia tidak terletak dalam laras senjata penembak.Berbeza dengan salah faham ramai, peluru HEAT tidak bergantung dalam apa cara pada fenomena haba bagi keberkesanannya. Secara khusus, jet letupan bentuk tidak "tembus cair" melalui perisai. Salah faham ini adalah kesan sampingan malang bagi nama HEAT ("HABA").